Product review: Cathy Doll White Tofu Mask

Assalamualaikum.


Rutin wajib setiap minggu mesti tempek mask dekat muka.Nak kulit cantik, lembab dan lambat tua mesti jaga kulit secara konsisten, memakai mask ialah salah satu dari usaha.Anda suka mask yang macam mana? saya paling suka mask yang ada bahan natural, macam Cathy Doll White Tofu Mask dari Karmart Malaysia ni.



Packaging produk Cathy Doll semua comel-comel, termasuk Cathy Doll White Tofu Mask ni😍

PRODUK:
Cathy Doll White Tofu Mask

BERAT:
170ml

HARGA ASAL:
RM28.90
selepas diskaun kini RM23.12 !!!

BOLEH DIBELI DI:
www.karmarts.com.my

MAKLUMAT LANJUT:-
Facebook: karmartsclubmalaysia
Instagram: karmartsclubmalaysia



Tak macam mask biasa, Cathy Doll White Tofu Mask macam krim pelembab.



Tekstur Cathy Doll White Tofu Mask licin, warna putih tapi nampak transparent sikit bila disapu ke kulit.



Sapu di seluruh muka dan elakkan kawasan mata dan bibir, biarkan selama 10 ke 15 minit, kemudian cuci dengan air suam.



Selepas dicuci.Kulit lembut dan lembab.


FUNGSI PRODUK:
💓 Melembutkan kulit.
💓 Melembabkan kulit.
💓 Memutihkan kulit.
💓 Meningkatkan keanjalan kulit.
💓 Diformulakan dengan bahan semulajadi yang mengandungi banyak protien dan vitamins seperti ekstrak kacang soya, collagen, yogurt, royal jelly dan soy oil.


PENGALAMAN SAYA SENDIRI MENGGUNAKANNYA:
🌸 Bau wangi macam coconut candy dan cookies! suka sangat bau ni.
🌸 Tekstur seperti pelembab, licin dan lembab bila disapu di kulit.
🌸 Selepas 10 ke 15 minit lepas dah pakai pun tekstur mask masih lembab di kulit, dia tak kering dan tak tegangkan kulit macam kebanyakan sifat mask.
🌸 Saya pernah pakai mask ni lepas picit whitehead dan blackhead, rasa pedih sikit dekat kawasan yang dipicit tu, so saya nasihatkan kalau anda jenis tak suka rasa pedih macam kena gigit semut(sikit je) jangan sapu mask dekat kawasan yang dipicit/luka/jerawat yang dipicit atau senang cerita picit segala benda di muka pada hari lain dan pakai mask ini pada hari lain pula.
🌸 Hasilnya lepas dah cuci mask dari muka, kulit jadi lembab dan lembut.Sapu pula pelembab atau krim harian kita, bertambah lagi rasa lembab dan lembut di kulit tu.Kakak saya pun cuba dan hasilnya sama macam saya, lembab dan lembut.Tak nak cuba ke? 🙊


Untuk membeli boleh klik website yang saya tulis kat atas tadi.


Terima kasih.



DISCLAIMER:
Setiap review berdasarkan pengalaman diri sendiri menggunakannya dan maklumat dari pengeluar/penjual.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.Setiap pembelian pada pengeluar/penjual dan penggunaan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumabalas berkenaan produk atau lain-lain, sila berhubung dengan pengeluar/penjual sendiri.Terima kasih.