Product Review: Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream Dari Karmart Malaysia

Assalamualaikum.


Kalau anda tonton vlog saya, mesti anda tahu saya asyik bebel kulit saya tengah problem.Ya! problem betul sampai kering menggelupas di kawasan tertentu terutama di bahagian hidung.Dalam banyak-banyak masalah kulit, Kulit kering lah yang paling tak digemari..eleh berbelit pula ayat, patutnya cakap paling dibenci je LOL.


Tapi sekarang saya rasa dah jumpa penyelesai masalah kulit kering malah masalah lain juga seperti pori terbuka, kulit kusam, ruam dan juga kedutan(aisehmannn.. dah tua lah) bhahaha.Disebabkan saya tak suka simpan rahsia produk yang best-best, jadi saya nak review Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream dari Karmart Malaysia.Harap dapat bantu anda yang mengalami masalah kulit seperti saya juga.


The cutest packaging ever! ohmai... ohmai.Teruja bila jumpa produk comel.


PRODUK:
Cathy Doll Snail Bright
Snail Whitening Cream For Dry & Combination Skin.

BERAT:
50g

Harga asal:
RM59.90
Harga selepas diskaun -40%
RM35.94 !!!

BOLEH DIBELI DI:

MAKLUMAT LANJUT:-


Botol produk, tetap cute 😊


Packaging yang menjamin kebersihan sebab takyah celup jari untuk ambil produk.


Hanya tekan ke bawah dan krim akan keluar melalui lubang di tengah.


Tekstur produk yang licin.


Perbezaan kulit sebelum dan selepas disapu Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream.

Tanpa Snail Bright:
Kulit Kering dan kusam.

Selepas disapu Snail Bright:
Lembab dan glowing.


Ini bukan gambar google, ini gambar saya sendiri hewhew.

Di sebelah kiri: 
Saya pakai mekap terus tanpa pakai Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream.Mungkin disebabkan kulit kering, selepas sejam dua mekap pecah dan nampak cakey.

Di sebelah kanan:
Saya sapu dulu Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream dan kemudian baru pakai mekap, mekap nampak lebih rata dan melekat dengan baik di kulit.Pori-pori juga dapat disamarkan.


Sebelum dan selepas memakai Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream.Kulit tanpa mekap, hanya eyeliner dan lip tint sahaja.Anda rasa saya edit? anda fikir saya ada masa untuk edit glowing? haha.. sudah tentu tidak! inilah hasilnya, boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas, Lebih glowing dan tak kusam lagi.


Kagum betul dengan efek glowing selepas setiap kali sapuan Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream, terutama bila kulit terkena cahaya.Kulit yang kering dan menggelupas dah hilang dan jadi lembab.


Produk kegemaran kini sebab hasilnya boleh dilihat serta merta😍


FUNGSI PRODUK:
πŸ’— Melegakan iritasi kulit.
πŸ’— Mengurangkan kemunculan ruam dan kedutan.
πŸ’— Menghilangkan jerawat dengan Snail Bright Whitening Cream For Dry & Combination Skin.
πŸ’— Formula ekstrak snail mucus menanggalkan sel kulit yang tidak aktif dan mengimbangi tona semulajadi kulit untuk kulit yang flawless.
πŸ’— Diadun dengan bahan-bahan pelembab terbaik, wajah akan terasa segar sepanjang hari.
πŸ’— Made in Korea.


ANTARA BAHAN YANG TERKANDUNG DIDALAM PRODUK:
πŸ’“ Snail mucus extract - melicinkan kulit, merawat jerawat dan mengelakkan degenerasi kulit.
πŸ’“ Hyaluronic acid - membantu mengekalkan paras air.
πŸ’“ Trehalose - diatomic molecule glucose yang boleh didapati di dalam tumbuhan dan haiwan, pada asasnya mengekalkan kelembapan di dalam kulit dan mencegah dari kemerosotan kulit.
πŸ’— Vit C - Membantu mencerahkan tona kulit dan mengekalkan keanjalan kulit.


PENGALAMAN SAYA SENDIRI MENGGUNAKANNYA:
πŸ’– Tekstur krim licin dan mengambil masa untuk menyerap ke kulit, jadi jangan sapu banyak sangat okay? πŸ˜‰
πŸ’– Ada bau wangi.
πŸ’– Walaupun sapu sikit saja, kulit akan jadi sangat lembab.
πŸ’– Serta merta nampak sangat glowing terutama bila berada di bawah cahaya.
πŸ’– Kulit jadi lembut.
πŸ’– Tak berminyak.
πŸ’– Berjaya menghilangkan kesan kulit kering dan menggelupas di tepi hidung saya.
πŸ’– Pakai dulu Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream dan kemudian mekap, sapuan mekap akan jadi lebih mudah dan melekat baik di kulit.Hasil mekap akan nampak lebih smooth dan pori-pori yang terbuka disamarkan.
πŸ’– Saiz 50g, besar boleh tahan lama.
πŸ’– Harga berpatutan, berbaloi dengan saiz dan hasilnya.
πŸ’– Satu bonus bila packaging comel dan dapat menjaga kebersihan produk.


Untuk maklumat lanjut atau membeli, boleh check link yang saya bagi kat atas tadi.



Disclaimer:
Setiap review adalah dari pengalaman diri sendiri menggunakannya dan maklumat dari pengeluar.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.Setiap penggunaan atau percubaan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.Jika ada sebarang pertanyaan, maklumbalas dll, sila berhubung terus dengan penjual/pengeluar.



Terima kasih.