zoeyzauyah vlog EP 33 | Try The Cakes & Souvenirs From Cameron.



Assalamualaikum.
Kembali lagi dengan vlog terbaru! cey, cey macam ramai yang tretunggu-tertunggu padahal vlogger sendu LOL πŸ˜‚.


Pilih HD.Jangan lupa subscribe channel youtube zoeyzauyah dan follow ig @zoeyzauyahofficial sebab saya kerap update di sana 😊.


terima kasih.


Orange Makeup Tutorial




Assalamualaikum.
Sekarang saya suka bermain dengan warna, so kali ni saya tunjuk tuto mekap orange.Kalau segan nak pakai terang-terang, boleh softkan sapuan warna supaya nampak lebih natural.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel zoeyzauyah.


Di bawah ni gambar guna studio lighting.



Gambar di bawah ni guna natural lighting.



Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 32 | Eating, Facial At Home & Dancing Baby.




Assalamualaikum.
Vlog terbaru ada aktiviti saya selepas record tutorial mekap, buat facial sendiri di rumah dan baby yang menari😍.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe youtube zoeyzauyah.



Terima kasih.

Nude Plum Makeup Tutorial



Assalamualaikum.
Tutorial kali ni saya tunjuk mekap warna nude plum.Mekap ni nampak soft dan natural bila di luar, jadi tak over sangat, sesuai untuk sesiapa yang suka mekap soft dan natural.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke channel saya, zoeyzauyah untuk video terbaru.
List produk yang saya guna ada di description box bawah video (youtube).


Gambar di bawah hasil mekap (studio lighting).
.
.




Di bawah ni gambar hasil mekap (natural lighting).
.
.





Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 31 | My Best Frend Wedding



Assalamualaikum.
Vlog kali ni waktu wedding kawan saya hari tu.Selamat menonton (malas tulis panjang, mengantuk ni hewhew).


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel saya untuk video terbaru.



Terima kasih.




zoeyzauyah vlog EP 30 | Hari Raya Aidiladha 2017


Assalamualaikum.
Orang lain dah bungkus kain baju ketupat rendang simpan elok-elok dalam lipatan kenangan (80's & 90's kids, ingatkah anda kepada ayat ini? miahaha), saya baru sibuk-sibuk nak update vlog perihal hari raya aidiladha 2017.Tapi masih september, masih valid kan sebab raya haji awal bulan hari tu ja kan? ehehe.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel saya zoeyzauyah untuk video-video terbaru.



Terima kasih.

Product Review: Cathy Doll Water Splash Essence Dari Karmart Malaysia

Assalamualaikum.


Kadang-kadang saya nak keluar dekat-dekat ja atau ambil gambar syok sendiri (ihiks!) tapi muka nampak kusam, tak nak lah mekap tebal, nak pakai krim kat muka ja tapi nak yang boleh buat kulit nampak berseri dengan segera dan dalam masa yang sama dapat merawat kulit juga.. jadi apa yang saya guna? ni ha Cathy Doll Water Splash Essence dari Karmart Malaysia .


Krim magic dengan packaging comel.Magic sebab kesannya serta merta.

PRODUK:
Cathy Doll Water Splash Essence

BERAT:
50gm

HARGA:
RM44.90
Selepas diskaun kini RM31.43 !!!

BOLEH DIBELI DI:

MAKLUMAT LANJUT:-


Tekstur produk berkrim seperti pelembab tapi tebal dan pusam(matte).


Cuba di tangan.Ini yang paling unik ! Dengan Water Splash Essence Technology, bila disapu ke kulit krim ini akan mengeluarkan titisan air (water splash) seperti di dalam gambar ni.Nampak kan titisan air tu? teruskan sapuan sampai menyerap ke dalam kulit.


Cuba di tangan.Perbezaan sebelum dan selepas sapuan Cathy Doll Water Splash Essence.Antara kesan yang dapat dilihat serta merta.Kulit akan berubah jadi lebih cerah dan berseri berbanding sebelumnya.


Sebelum dan selepas.Selepas sapuan Cathy Doll Water Splash Essence, masalah bintik, pori yang terbuka dan kemerahan disamarkan.

p/s: Bila pakai krim saya memang sapu sampai ke kening sebab kulit di kening saya cenderung jadi kering dan menggelupas, so harap tak ada yang salah sangka saya edit sampai kening jadi cerah πŸ˜…


Kulit saya selepas saya pakai Cathy Doll Water Splash Essence.Dah tak kusam lagi.


FUNGSI PRODUK:
πŸ’ Tekstur air essence yang lutsinar melembabkan kulit dan membantu pembaharuan sel kulit.
πŸ’ Dalam masa beberapa minit kulit akan segera menjadi segar, lembab dan cerah sepanjang hari.
πŸ’ Mencerah dan melembab dengan segera.
πŸ’ Kulit nampak tegang.
πŸ’ Sesuai untuk semua jenis kulit.
πŸ’ Cepat menyerap.


BAHAN DAN KEBAIKAN:
πŸ’— Onsen Water - Diperkayakan dengan pelbagai mineral semulajadi untuk melembabkan.
πŸ’— L_Glutathione - Membantu menghalang pengeluaran melanin untuk kulit yang lebih cerah.
πŸ’— Hydrogenate Lechitin - Membantu memperbaiki kelembapan dan keanjalan kulit.
πŸ’— Pueraria Root - Membantu menegang dan mengurangkan kedutan.
πŸ’— White Mulberry - Memerangi radikal bebas untuk kulit yang lebih berseri.
πŸ’— Peppermint - Melegakan kulit dengan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam peppermint.


PENGALAMAN SAYA SENDIRI MENGGUNAKANNYA:
πŸ’˜ Produk yang unik.Terkejut waktu mula-mula pakai dulu.Tetiba keluar titisan air bila sapu krim ke kulit tapi saya teruskan sapuan dan semuanya diserap ke kulit.
πŸ’˜ Krim yang cepat menyerap ke kulit.
πŸ’˜ Berbau wangi.
πŸ’˜ Tak berminyak dan tak melekit dalam tempoh yang lama.
πŸ’˜ Kulit nampak pusam(matte) dan tak berkilat.
πŸ’˜ Nampak cerah serta merta !
πŸ’˜ Terasa ringan dan lembab di kulit.
πŸ’˜ Berjaya menyamarkan bintik-bintik, pori yang terbuka, kemerahan dan kulit kusam.Walaupun bukan menyamarkan 100% tapi sekurang-kurangnya tak jelas kelihatan.
πŸ’˜ Bagus sebab selain mencerahkan serta merta, produk ni juga merawat dan memberi kebaikan di kulit.
πŸ’˜ Saya cadangkan anda cuba dan rasai sendiri perbezaan kulit sebelum dan selepas sapuan Cathy Doll Water Splash Essence dari Karmat Malaysia ni.


Terima kasih.


DISCLAIMER:
Setiap review berdasarkan pengalaman diri sendiri menggunakannya dan maklumat dari pengeluar/penjual.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.Setiap pembelian pada pengeluar/penjual dan penggunaan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumabalas berkenaan produk atau lain-lain, sila berhubung dengan pengeluar/penjual sendiri.Terima kasih.


zoeyzauyah vlog EP 29 | Yusuf, Ramen, Pool & How I Remove My Makeup



Assalamualaikum.
Saya kembali dengan vlog terbaru! cewah.Macam biasa dalam vlog ni saya tunjuk beberapa aktiviti yang saya buat.Insyaallah lepas ni(kemungkinan besar minggu akan datang) saya update vlog hari raya haji pula.Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel zoeyzauyah untuk video-video terbaru.



Terima kasih.

Purple Lipstick Makeup Tutorial

Assalamualaikum.
Sebelum ni saya pernah buat mekap yang sama macam ni untuk keluar jalan-jalan dan upload gambar di laman sosial, memandangkan ada yang cakap cantik dan saya tahu ramai yang teringin pakai lipstick purple cuma tak berani dan tak tahu mekap yang sesuai, jadi dalam video ni saya tunjuk salah satu mekap yang saya sendiri selalu buat dan anda boleh cuba.Jangan tak percaya, saya selalu ja pakai lipstick purple macam ni untuk keluar dan belum pernah orang pandang macam saya alien dari planet lain ke hapa HAHAHAHA(oh mai haku gelak) ok bye.

TIPS:
1. Dalam video ni saya letak warna terang sikit sebab nak disesuaikan dengan lighting(takut tak nampak dalam video), tapi di luar saya dan anda sendiri kalau nak cuba boleh kurangkan warna mekap supaya nampak lebih light dan natural, sesuai untuk jalan-jalan.

2. Untuk pakai lipstick warna purple atau warna-warna pelik/menyerlah/gelap, anda kena buat full face makeup.Maksudnya kena pakai foundation, bedak,eyeshadow, eyeliner, maskara dan pemerah pipi.Tak semestinya kena buat mekap yang terang, mekap yang natural juga boleh asalkan full makeup supaya nampak seimbang.Kalau kita menggunakan lipstick warna-warna seperti ini tanpa mengenakan full makeup, muka akan nampak pucat dan pelik seterusnya orang yang memandang akan tertumpu pada lipstick sahaja(dan anda mungkin akan rasa segan bila dipandang-pandang).

3. Perlu ada keyakinan diri untuk pakai lipstick warna purple atau warna-warna pelik yang lain.Jika tak ada keyakinan anda akan rasa segan dan orang pandang pelik(walaupun mungkin orang pandang biasa je).Kalau tak yakin ada baiknya jangan pakai, bimbang anda rasa malu dan diperhatikan.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel zoeyzauyah untuk video terbaru.


Kat bawah ni gambar hasil mekap kali ni.
.
.
Guna studio lighting.




Cuba posing fierce tapi jadiknya worse.




Guna cahaya semulajadi.Suram sikit sebab cuaca gelap, hampir malam.







Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 28 | New Camera

Assalamualaikum.


Syukur alhamdulilah setelah sekian lama kamera ni termasuk dalam wish list saya, akhirnya atas izin Allah, saya dapat beli kamera baru yang sesuai untuk vlogging dan kerja-kerja saya.Terima kasih kepada anda yang tolong doakan saya dapat beli, semoga Allah memberi sebaik-baik balasan kepada anda, amin.So kat dalam vlog kali ni ada unboxing kamera baru dan beberapa aktiviti yang saya buat tapi separuh dari vlog saya record guna kamera handphone dan separuh lagi barulah guna kamera baru.Saya masih dok try biasakan diri dengan kamera ni, insyaallah saya akan cuba buat vlog yang lebih elok lepas ni ok?



Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel saya, zoeyzauyah untuk video terbaru.




Terima kasih.

Product review: Cathy Doll White Tofu Mask

Assalamualaikum.


Rutin wajib setiap minggu mesti tempek mask dekat muka.Nak kulit cantik, lembab dan lambat tua mesti jaga kulit secara konsisten, memakai mask ialah salah satu dari usaha.Anda suka mask yang macam mana? saya paling suka mask yang ada bahan natural, macam Cathy Doll White Tofu Mask dari Karmart Malaysia ni.



Packaging produk Cathy Doll semua comel-comel, termasuk Cathy Doll White Tofu Mask ni😍

PRODUK:
Cathy Doll White Tofu Mask

BERAT:
170ml

HARGA ASAL:
RM28.90
selepas diskaun kini RM23.12 !!!

BOLEH DIBELI DI:
www.karmarts.com.my

MAKLUMAT LANJUT:-
Facebook: karmartsclubmalaysia
Instagram: karmartsclubmalaysia



Tak macam mask biasa, Cathy Doll White Tofu Mask macam krim pelembab.



Tekstur Cathy Doll White Tofu Mask licin, warna putih tapi nampak transparent sikit bila disapu ke kulit.



Sapu di seluruh muka dan elakkan kawasan mata dan bibir, biarkan selama 10 ke 15 minit, kemudian cuci dengan air suam.



Selepas dicuci.Kulit lembut dan lembab.


FUNGSI PRODUK:
πŸ’“ Melembutkan kulit.
πŸ’“ Melembabkan kulit.
πŸ’“ Memutihkan kulit.
πŸ’“ Meningkatkan keanjalan kulit.
πŸ’“ Diformulakan dengan bahan semulajadi yang mengandungi banyak protien dan vitamins seperti ekstrak kacang soya, collagen, yogurt, royal jelly dan soy oil.


PENGALAMAN SAYA SENDIRI MENGGUNAKANNYA:
🌸 Bau wangi macam coconut candy dan cookies! suka sangat bau ni.
🌸 Tekstur seperti pelembab, licin dan lembab bila disapu di kulit.
🌸 Selepas 10 ke 15 minit lepas dah pakai pun tekstur mask masih lembab di kulit, dia tak kering dan tak tegangkan kulit macam kebanyakan sifat mask.
🌸 Saya pernah pakai mask ni lepas picit whitehead dan blackhead, rasa pedih sikit dekat kawasan yang dipicit tu, so saya nasihatkan kalau anda jenis tak suka rasa pedih macam kena gigit semut(sikit je) jangan sapu mask dekat kawasan yang dipicit/luka/jerawat yang dipicit atau senang cerita picit segala benda di muka pada hari lain dan pakai mask ini pada hari lain pula.
🌸 Hasilnya lepas dah cuci mask dari muka, kulit jadi lembab dan lembut.Sapu pula pelembab atau krim harian kita, bertambah lagi rasa lembab dan lembut di kulit tu.Kakak saya pun cuba dan hasilnya sama macam saya, lembab dan lembut.Tak nak cuba ke? πŸ™Š


Untuk membeli boleh klik website yang saya tulis kat atas tadi.


Terima kasih.



DISCLAIMER:
Setiap review berdasarkan pengalaman diri sendiri menggunakannya dan maklumat dari pengeluar/penjual.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.Setiap pembelian pada pengeluar/penjual dan penggunaan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumabalas berkenaan produk atau lain-lain, sila berhubung dengan pengeluar/penjual sendiri.Terima kasih.




Korean Inspired Makeup

Assalamualaikum.


Hari tu saya ada tengok jurusolek snsd kongsi tips mekap, so saya cuba dan share dengan anda pulak dengan tuto dalam video ni.Takde lah sama, i takde rupa korea, selama ni korea dalam mimpi je LOL.Produk dan warna pun saya hanya guna yang mana ada ja.


Pilih HD.Product list ada dekat description box video ni.
Jangan lupa subscribe ke channel youtube saya untuk video-video terbaru.


Kat bawah ni gambar hasil mekap guna cahaya semulajadi.
penat i selfie depan tingkap 2,3 ratus keping miahaha.
.
.




Yang bawah ni pulak gambar guna studio lighting.
.
.





Selamat mencuba dan terima kasih kerana menonton.


Babai.

zoeyzauyah vlog EP 27 | chit chat

Assalamualaikum.


Maaf kalau vlog ini membosankan.Seminggu dua kebelakangan ni tak vlogging sangat atas pelbagai sebab.Insyaallah lepas ni saya akan rakam vlog dengan kualiti yang lebih baik, Stay tunedπŸ˜‰


Pilih HD dan selamat menonton.Jangan lupa subscribe ke youtube channel saya untuk video terbaru.



Terima kasih.

Product Review: Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream Dari Karmart Malaysia

Assalamualaikum.


Kalau anda tonton vlog saya, mesti anda tahu saya asyik bebel kulit saya tengah problem.Ya! problem betul sampai kering menggelupas di kawasan tertentu terutama di bahagian hidung.Dalam banyak-banyak masalah kulit, Kulit kering lah yang paling tak digemari..eleh berbelit pula ayat, patutnya cakap paling dibenci je LOL.


Tapi sekarang saya rasa dah jumpa penyelesai masalah kulit kering malah masalah lain juga seperti pori terbuka, kulit kusam, ruam dan juga kedutan(aisehmannn.. dah tua lah) bhahaha.Disebabkan saya tak suka simpan rahsia produk yang best-best, jadi saya nak review Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream dari Karmart Malaysia.Harap dapat bantu anda yang mengalami masalah kulit seperti saya juga.


The cutest packaging ever! ohmai... ohmai.Teruja bila jumpa produk comel.


PRODUK:
Cathy Doll Snail Bright
Snail Whitening Cream For Dry & Combination Skin.

BERAT:
50g

Harga asal:
RM59.90
Harga selepas diskaun -40%
RM35.94 !!!

BOLEH DIBELI DI:

MAKLUMAT LANJUT:-


Botol produk, tetap cute 😊


Packaging yang menjamin kebersihan sebab takyah celup jari untuk ambil produk.


Hanya tekan ke bawah dan krim akan keluar melalui lubang di tengah.


Tekstur produk yang licin.


Perbezaan kulit sebelum dan selepas disapu Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream.

Tanpa Snail Bright:
Kulit Kering dan kusam.

Selepas disapu Snail Bright:
Lembab dan glowing.


Ini bukan gambar google, ini gambar saya sendiri hewhew.

Di sebelah kiri: 
Saya pakai mekap terus tanpa pakai Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream.Mungkin disebabkan kulit kering, selepas sejam dua mekap pecah dan nampak cakey.

Di sebelah kanan:
Saya sapu dulu Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream dan kemudian baru pakai mekap, mekap nampak lebih rata dan melekat dengan baik di kulit.Pori-pori juga dapat disamarkan.


Sebelum dan selepas memakai Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream.Kulit tanpa mekap, hanya eyeliner dan lip tint sahaja.Anda rasa saya edit? anda fikir saya ada masa untuk edit glowing? haha.. sudah tentu tidak! inilah hasilnya, boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas, Lebih glowing dan tak kusam lagi.


Kagum betul dengan efek glowing selepas setiap kali sapuan Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream, terutama bila kulit terkena cahaya.Kulit yang kering dan menggelupas dah hilang dan jadi lembab.


Produk kegemaran kini sebab hasilnya boleh dilihat serta merta😍


FUNGSI PRODUK:
πŸ’— Melegakan iritasi kulit.
πŸ’— Mengurangkan kemunculan ruam dan kedutan.
πŸ’— Menghilangkan jerawat dengan Snail Bright Whitening Cream For Dry & Combination Skin.
πŸ’— Formula ekstrak snail mucus menanggalkan sel kulit yang tidak aktif dan mengimbangi tona semulajadi kulit untuk kulit yang flawless.
πŸ’— Diadun dengan bahan-bahan pelembab terbaik, wajah akan terasa segar sepanjang hari.
πŸ’— Made in Korea.


ANTARA BAHAN YANG TERKANDUNG DIDALAM PRODUK:
πŸ’“ Snail mucus extract - melicinkan kulit, merawat jerawat dan mengelakkan degenerasi kulit.
πŸ’“ Hyaluronic acid - membantu mengekalkan paras air.
πŸ’“ Trehalose - diatomic molecule glucose yang boleh didapati di dalam tumbuhan dan haiwan, pada asasnya mengekalkan kelembapan di dalam kulit dan mencegah dari kemerosotan kulit.
πŸ’— Vit C - Membantu mencerahkan tona kulit dan mengekalkan keanjalan kulit.


PENGALAMAN SAYA SENDIRI MENGGUNAKANNYA:
πŸ’– Tekstur krim licin dan mengambil masa untuk menyerap ke kulit, jadi jangan sapu banyak sangat okay? πŸ˜‰
πŸ’– Ada bau wangi.
πŸ’– Walaupun sapu sikit saja, kulit akan jadi sangat lembab.
πŸ’– Serta merta nampak sangat glowing terutama bila berada di bawah cahaya.
πŸ’– Kulit jadi lembut.
πŸ’– Tak berminyak.
πŸ’– Berjaya menghilangkan kesan kulit kering dan menggelupas di tepi hidung saya.
πŸ’– Pakai dulu Cathy Doll Snail Bright Whitening Cream dan kemudian mekap, sapuan mekap akan jadi lebih mudah dan melekat baik di kulit.Hasil mekap akan nampak lebih smooth dan pori-pori yang terbuka disamarkan.
πŸ’– Saiz 50g, besar boleh tahan lama.
πŸ’– Harga berpatutan, berbaloi dengan saiz dan hasilnya.
πŸ’– Satu bonus bila packaging comel dan dapat menjaga kebersihan produk.


Untuk maklumat lanjut atau membeli, boleh check link yang saya bagi kat atas tadi.



Disclaimer:
Setiap review adalah dari pengalaman diri sendiri menggunakannya dan maklumat dari pengeluar.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.Setiap penggunaan atau percubaan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.Jika ada sebarang pertanyaan, maklumbalas dll, sila berhubung terus dengan penjual/pengeluar.



Terima kasih. 



1940's Inspired Makeup Ft Karmart Malaysia

Assalamualaikum.


Tutorial mekap kali ini Inspirasi dari mekap tahun 1940an menggunakan full produk jenama dari karmart seperti cathy doll dan baby bright.


Untuk maklumat lanjut atau pembelian produk dari Karmart:-
Website:https://www.karmarts.com.my
Facebook:https://www.facebook.com/karmartsmalaysia
Instagram:https://www.instagram.com/karmartsclubmalaysia



Sila pilih HD.Terima kasih kerana menonton dan jangan lupa subscribe ke youtube channel saya untuk video terbaru.Product list boleh check di description box video ni.


Tips & Info:-
πŸ’–Selalu bahasakan diri saya dan kami ja, tapi dalam video ni saya bahasakan diri sebagai 'i' sebab nak singkatkan voice over(sesiapa yang dah biasa dengan video saya jangan rasa i poyo nah.. haha).

πŸ’–Mekap tahun 1940an sangat simple dan natural.Ada yang saya ubah sedikit untuk disesuaikan dengan trend mekap sekarang, contohnya di bahagian kening.Boleh tengok video ni, sambil mekap sambil saya jelaskan sikit apa sebabnya ;)

πŸ’–Mekap ni natural dan tak over.Sesuai untuk mekap harian, ke tempat kerja dan jalan-jalan.

πŸ’–Boleh ringkaskan lagi step mekap ni supaya lebih cepat dibuat, contohnya shading tak perlu dua tiga kali seperti saya, boleh buat sekali saja atau tak perlu shading langsung untuk mekap harian.Sama seperti asas, boleh pilih untuk pakai salah satu sahaja samada powder cushion atau aura cream.Untuk kening pun sama, boleh lukis sekali saja tak perlu dua kali macam saya.

πŸ’–Karmart mempunyai produk mekap hinggalah ke skincare.Banyak pilihan, packaging yang comel dan paling penting berkesan.


Di bawah ni gambar hasil mekap kali ni.
.
.







Terima kasih.



Disclaimer!
Setiap penggunaan produk adalah di bawah tanggungjawab sendiri.Saya hanya review dan tunjukkan berdasarkan pengalaman diri sendiri menggunakannya dan maklumat dari pengeluar, hasilnya mungkin berbeza bagi setiap orang.Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 26 | Hari raya 2017

Assalamualaikum.


Akhirnya vlog raya saya bersiaran.Harap menonton dengan gembira,  LOL tu ja? bhahaha.


Pilih HD jangan lupa subscribe untuk video terbaru.




Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 25 | Persiapan raya.

Assalamualaikum.


Hallo, hallo! saya kembali dari demam yang panjang.Kali ini vlog sempena raya terpaksa dibahagi dua, persiapan dan hari raya, kalau tak, panjang sangat jadinya.So selamat menonton vlog persiapan raya 2017.Insyallah next, vlog hari raya pula.


Pilih HD.Maaf, banyak part low quality.Doakan saya dapat beli kamera baru cepat-cepat, amin.




Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 24 | Ramadan 2017

Assalamualaikum.


Sebab hari tu laptop tetiba rosak, jadi dikala orang lain dah simpan semua kenangan ramadan, saya baru nak terhegeh update pasal ramadan dan sewaktu dengannya.Maksud saya, tak boleh update awal-awal sebab laptop rosak( putar belit betul nak bercerita T__________T ).


Ramadan tahun ni hanya untuk edisi vlog saja ya, tak sempat nak buat edisi blog sebab sibuk merecord terlupa nak snap gambar, jadi tidak valid blog tanpa gambar.Macam la tak kenal saya yang mesti nak taruk gambar banyak-banyak tiap kali buat entry blog.Sila lah jamu selera eh! sila lah menonton vlog sahaja.


Pilih HD dan subscribe ke channel saya untuk latest video.
P/S: Selalu dapat mesej minta panjangkan vlog, naahhh yang ni panjang betul πŸ˜‚, harap tak terlena sewaktu menonton.Selamat menonton.



Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 23 | pre-ramadan, video recording, birthday surprise.

Assalamualaikum.


Hari ini hari ke 12 berpuasa, so how's your puasa so far? eceh annoying gila mukadimah dah tanya puasa orang, puasa sendiri taknak pulak kecoh-kecoh 😭


Sempena 12 hari berpuasa, nah saya update vlog terbaru buat isi masa lapang.Tengah bakar kuih ke, pasang pelita ke, boleh la tonton hilangkan bosan-bosan tuh.


Pilih HD dan subscribe ke chanel youtube zoeyzauyah supaya tak terlepas video saya yang terbaru.Selamat menonton.




Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 22 | organized my makeup, behind the scenes, anniversary.

Assalamualaikum.


Maaf telah menipu tanpa sengaja, konon nak update 3 vlog pada minggu ini tapi internet tak beri kerjasama maka terpaksa post vlog kedua pada malam ini yang hening dan syahdu dan..dannnn... ok cukup T___________T


Vlog terbaru belum sampai ke part berpuasa tapi takpe, asalkan ada muka minah kat atas ni pasti vlog akan menjadi ceria LOL.


Pilih HD dan subscribe chanel saya supaya tak terlepas tiap kali ada video terbaru.
Selamat menonton.


Terima kasih.

Popia tersedap

Assalamualikum.


Sudah tiba di bulan ramadan tapi masih terbayang-bayang di pikiran dan terasa-rasa di taste buds akan kesedapan popia mashed potatoes and mozzarella cheese buatan kakna, eceh nak gak letak bahasa omputih(taste buds tuh).


Sebab tak aci merasai kesedapannya seorang diri, mari saya kongsikan kat sini supaya semua orang pun boleh cuba buat sendiri pastuh dah makan sekali akan terbayang-bayang kesedapannya macam saya.Tapi kan ke bulan puasa semua pun akan terbayang macam sedap jeee? diam arr weh.. diam, diam T___________T


bahan inti;
kentang lecek, sosej, isi ketam(crab stick),
serbuk lada hitam,garam, mozzarella cheese.

kulit:
kulit popia

'gam' untuk melekat lipatan popia:
air atau jika mahu 'gam' yang power seumpama gam gajah, boleh guna tepung gandum dibancuh pekat bersama air.



Letak inti gemuk-gemuk dan lipat popia anda atau di dalam kes ini popia kami or popia kakna (sibuk nak explain).Kakna dia tak kedekut punya worang, inti ditaruk lebih dan popia beliau tetap ranggup krupkrap krupkrap bunyi pabila digigit eceh!



kakna dapat dalam 2,3 tupperware besar dan kecil.Buat lah banyak-banyak boleh simpan dalam freezer pastuh goreng ja bila-bila masa.



Lapar tengah malam no hal, nak cepat time berbuka pun no hal, gorengkan aja popia yang kat dalam freezer tuh.Goreng dalam minyak yang banyak sampai kekuningan.



Siap.Sedap woohh.



Ranggupnya kulit di luar dengan lemak-lemak rasa inti,Amboiii sedap sungguh, tak tipu.



Boleh disira atau dicicah sambal.Bertambah-tambah kesedapannya bila rasa lemak-lemak inti digabung bersama pedas dan manis kuah sambal.Ini lah yang dok terbayang sangat tuh (bercucuran air liur. LAP SEKARANG!).


Terima kasih kakna for the recipe, bertambah pahala shared dengan orang.. ke dah memang tersebar meluas resepi ini? i kan selalu ketinggalan tsk!



Selamat berpuasa kawan-kawan.
terima kasih.